Rabu, 19 November 2008

Sejarah Pengakap

PENGASAS PERGERAKAN PENGAKAP DUNIA
ROBERT BADEN-POWELL,

Potret Baden-Powell yang dipaparkan telah dihasilkan oleh David Jagger pada tahun 1929. Ia dipamerkan kepada beliau pada 6 August 1929 di Jamboree Dunia Ke III di Arrowe Park, Birkenhead, England. Ia dikenali sebagai "Coming Of Age Jamboree" sebagai penghargaan hari ulangtahun ke 21 Pengakap Sedunia. Ia merupakan potret yang paling disukai oleh Baden-Powell. Potret asli beliau dipamerkan di ruang pameran di Ibupejabat Pengakap Dunia (WOSM) di Geneva, Switzerland.

SEJARAH PERGERAKAN PENGAKAP DI MALAYSIA
Sejarah Pengakap di MALAYSIA Pergerakan Pengakap mula berkembang di Malaysia (Malaya) apabila F.C.Sands menubuhkan pasukan Pengkap Kanak-Kanak (cubs) di Singapura pada tahun 1910 ( Dua tahun setelah BP mengasaskan Pergerakan ini di England).
Bergerak dari tarikh itu, pada tahun 1919 Pasukan Pengakap untuk budak-budak Melayu telah diasaskan oleh Kapten N.M. Hashim dan Encik A.Z.Alsagoff,juga di Singapura. Negeri Melayu yang pertama memulakan Pergerakan Pengakap ialah Pahang (Pekan) oleh G.M.Laidlow.Namun begitu, pergerakan ini terus terkubur setelah G.M.Laidlow meninggal.

Pada tahun 1927, pergerakan Pengakap dihidupkan semula oleh H.P.Hertslet, Frisby dan Wheeler dari Jabatan Pelajaran Pahang memajukan pergerakan ini. H.R. Cheesman (seorang ahli pendidikan yang terkenal) telah menubuhkan pergerakan Pengakap di Pulau Pinang iatu di Penang Free School pada tahun 1915. Mendiang juga menjawat jawatan sebagai Penolong Pesuruhjaya Pengakap Malaya selama 13 tahun lamanya. Di Perak pula, pergerakan pengakap ditubuhkan di Maktab Melayu Kuala Kangsar (MCKK) pada tahun 1926 oleh I.R.Wheeler.Pada tahun 1922, pergerakan Pengakap bermula di Kedah. Manakala di Johor pula, pergerakan ini bermula pada tahun 1928 dengan kumpulan pertamanya di Maktab Sultan Abu.Bakar.
Melaka dan Negeri Sembilan memulakan pergerakan Pengakap pada tahun 1926 oleh Brunstone. Selangor menubuhkan pergerakan Pengakap pada tahun 1926 oleh Ameen Akbar. Terengganu dan Kelantan memulakan pergerakan ini pada tahun 1927. Pengasas di Terengganu ialah A.J.Gracle,dan di Kelantan pula ialah YM Tengku Ahmad Temenggong.

Perlis pula ialah pada tahun 1931. Sarawak menubuh pergerakan pengakap pada tahun 1913 dan Sabah pada tahun 1915. Setelah merdeka pada tahun 1957, Persekutuan Budak-Budak Pengakap Tanah Melayu, menjadi ahli dalam Persidangan Pengakap Sedunia. Pada tahun 1963 (penubuhan Malaysia), Persekutuan Budak-Budak Pengakap Tanah Melayu ditukar kepada Persekutuan Pengakap Malaysia.
Ringkasan Tahun Negeri Yang menubuhkan pergerakan Pengakap 1910 Singapura F.C. Sands 1913 Sarawak (tidak aktif sehingga tahun 1930) . 1915 Sabah (tidak aktif sehingga tahun 1930) . 1915 Pulau Pinang H.R.Cheesman 1919 Singapura (pengakap Melayu) Kepten NM Hashim/En.AZ Alsagoff 1922 Kedah EC Hicks / EAG Stuart / RPS Walker 1926 Perak I.R. Wheeler 1926 Melaka & Negeri Sembilan Brunstone 1926 Selangor Ameen Akbar 1928 Johor 1927 Terengganu A.J. Gracle 1927 Kelantan YM Tengku Ahmad Temenggong 1931 Perlis.

Lambang Pengakap Dunia

Pecahan tiga kelopak-melambangkan Persetiaan Pengakap yang tiga, iaitu taat kepada Tuhan, taat kepada Raja dan taat kepada Negara.

Dua buah bintang pecah lima warna ungu pada kelopak kiri dan kelopak kanan-melambangkan Undang-undang Pengakap yang sepuluh itu.

Ikatan putih-menunjukkan ikatan persaudaraan pengakap.

Lingkaran tali berwarna putih-melambangkan persaudaraan Pengakap Sedunia.
Warna ungu-warna Biro Pengakap Sedunia.

Warna putih-kesucian dan kebersihan.

Lambang Pengakap Malaysia



Pecahan tiga kelopak melambangkan Persetiaan Pengakap yang tiga, iaitu: taat kepada Tuhan, taat kepada Raja dan taat kepada Negara.

Warna kuning, hijau dan merah-melambangkan unit-unit pengakap: kuning bagi Pengakap Muda dan merah bagi Pengakap Remaja.

Dua buah bintang pecah lima berwarna hijau pada kelopak kiri dan kelopak kanan melambangkan Undang-undang Pengakap yang sepuluh itu.

Ikatan hijau-menunjukkan ikatan persaudaraan pengakap.

Lingkaran tali berwarna biru tua-melambangkan perpaduan rakyat Malaysia, iaitu agama Islam.
Warna kuning pada anak bulan dan bintang-menunjukkan warna diraja bagi Duli-duli Yang Maha Mulia Raja-raja.
Bintang pecah 14(warna kuning)-melambangkan 14 buah negeri(termasuk Wilayah Persekutuan) terkandung dalam Malaysia.

ISTIADAT

ISTIADAT MENGIBARKAN BENDERA
Istiadat ini diadakan selepas istiadat laung agung.
1. Bendera dilipat dan diikat di puncak tiang.
2. Pemimpin berdiri menghadap bendera.
3. Penolong Pemimpin berdiri di belakang tiang bendera.
4. PKK berdiri dalam bentuk bulatan dalam keadaan sedia.
5. Pemimpin berteriak “BENDERA”
6. Petugas mara ke tiang bendera.
7. Petugas menarik tali, sekali sahaja.
8. Petugas berundur satu langkah dan memberi hormat.
9. Semua yang hadir memberi hormat.
10. Petugas menjatuhkan tangan….dan diikuti oleh semua yang hadir.
11. Petugas kembali ke tempat asal.
12. Menyanyi Lagu Kebangsaan
13. Menyanyi Lagu Pengakap Daerah
14. Membaca doa
15. AKELA memberi arahan “Senang diri”
16. AKELA memberi nasihat/kata-kata perangsang dan lain-lain

ISTIADAT MENAIKKAN BENDERA
1. Semua PKK berdiri dalam bulatan. AKELA berdiri di tengah-tengah bulatan dalam keadaan sedia.
2. AKELA berteriak “BENDERA”
3. Petugas mara ke tiang bendera dan terus menaikkan bendera.
4. AKELA mengarah semua yang hadir menyanyi lagu Kebangsaan.
5. Setelah bendera sampai ke puncak tiang, petugas berundur selangkah ke belakang dan memberi hormat.
6. Semua yang hadir memberi hormat.
7. Petugas balik ke tempat asal.
8. Menyanyi lagu Pengakap
9. Membaca doa
10. Akela memberi arahan “SENANG DIRI”
11. Akela memberi nasihat/kata-kata perangsang dan lain-lain.

LAUNG AGUNG

Laung Agung merupakan:
1. Tradisi dalam Istiadat Pengakap Kanak-Kanak.
2. Diamalkan di seluruh dunia.
3. Mengingatkan Pengakap Kanak-Kanak supaya ‘BUAT HABIS BAIK”
4. Untuk menghormati tetamu.
5. Melahirkan semangat setiakawan,perpaduan serta membina displin.

Bila diadakan?
1. Setiap kali diadakan perjumpaan
2. Setiap kali semasa menamatkan perjumpaan.

ISTIADAT LAUNG AGUNG
1. AKELA (Pemimpin) berteriak “PEK…..” (semua PKK berdiri dalam keadaan sedia)
2. AKELA (Pemimpin) berteriak “PEK,PEK,PEK….” (semua PKK mengelilingi AKELA sambil menyahut “P…E….K….”
3. AKELA memerintah PKK membentuk satu bulatan besar dengan memegang tangan. Bila bulatan telah sempurna PKK menjatuhkan tangan.
4. AKELA mendepakan tangan >>> PKK mengangkat tumit.
5. AKELA merapatkan tangan ke paha>>
a) PKK mencangkung.
b) Kedua belah tangan mencecah ke tanah.
c) Kepala dilangutkan dan terus berkata>> ‘A K E L A, KITA BUAT HABIS BAIK.
d) Selepas sebutan “BAIK” PKK bangun dalam keadaan sedia. 6. Petugas mencabar dengan hormat kepada AKELA dengan kata-kata:- ‘KAMU BUAT HABIS BAIK’
7. Semua PKK hormat AKELA dengan menjawab ‘KAMI BUAT HABIS BAIK’
8. AKELA membalas hormat PKK.
9. PKK menjatuhkan tangan setelah AKELA selesai memberi hormat.

HORMAT PENGAKAP

1. Apabila menemui pengakap lain, sama ada dalam atau luar negeri, iaitu menandakan persaudaraan dan penghormatan.

2. Apabila menemui pemimpin, penolong pemimpin pengakap dan ketua patrol.

3. Selepas dan apabila menaikkan bendera Malaysia, bendera negeri dan bendera pengakap.

4. Apabila Lagu kebangsaan dan lagu negeri dinyanyikan.

5. Dalam istiadat-istiadat menerima anugerah, sijil dan sebagainya.

UNDANG-UNDANG PENGAKAP

Pertama
Pengakap adalah seorang yang sentiasa dipercayai maruah dan kehormatan dirinya.

Kedua
Pengakap adalah seorang yang taat kepada Yang Dipertuan Agong, kepada Rajanya, Negaranya, pemimpin-pemimpin pengakapnya, ibu-bapanya, orang-orang diatas dan orang-orang yang dibawahnya.

Ketiga
Pengakap wajib menjadikan dirinya berguna dan menolong orang pada setiap masa.

Keempat
Pengakap itu sahabat kepada sekalian dan saudara kepada lain-lain pengakap walau apa negeri, pangkat dan agamanya sekalipun.

Kelima
Pengakap itu baik dan sempurna budi pekertinya dan sentiasa berbudi.

Keenam
Pengakap itu baik dan kasih kepada segala binatang.

Ketujuh
Pengakap itu seorang yang sentiasa menurut perintah dan suruhan ibu-bapanya, kepala patrolnya atau pemimpin-pemimpin pengakapnya dengana tiada apa-apa soalan.

Kelapan
Pengakap itu seorang yang sentiasa sabar dan manis mukanya dalam kesusahan.

Kesembilan
Pengakap itu jimat dan cermat

Kesepuluh
Pengakap itu bersih dan suci fikirannya, perkataannya dan perbuatannya.